BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 8 November 2013

Ulama vs Professional

Setelah berdiskusi dengan sahabat-sahabat di kampus dan memerhati Facebook milik perseorangan yg cenderung pada ulama serta professional, hati ini rasa terpanggil untuk memberi pendapat berkaitan ulama dan professional. Perkara seperti ini tidak perlu menjadi isu utama tetapi masih perlu pencerahannya.

Ulama biasanya didefinisikan sebagai orang yang mempunyai ilmu agama, yang belajar agama, boleh mengajar agama serta mengeluarkan dalil-dalil al-Quran dan hadith. Manakala golongan professional pula adalah orang-orang yang mempunyai kemahiran dalam suatu bidang duniawi seperti peguam, ahli perniagaan, jurutera, penganalisis politik dan sebagainya. Golongan professional biasanya tidak menggunakan dalil al-Quran dalam berhujah.

Ulama dan professional sebenarnya adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Golongan professional memerlukan ulama untuk memahami hukum atau batas-batas dalam bersiyasah. Begitu juga dengan ulama memerlukan golongan professional dalam membuat keputusan yang diluar bidangnya. Allah s.w.t menjadikan dari kalangan kita ini dari pelbagai latar belakang untuk kita saling melengkapi dan yang terbaik dikalangan hambanya adalah orang yg bertaqwa.

Jawatan dalam parti tidak perlu direbut, tidak perlu dirayu. Jawatan tersebut sepatutnya diisi oleh orang yang betul-betul layak sama ada kalangan ulama atau professional. Jika meletakkan ulama ditempat presiden sekali pun, jika tidak ikhlas dalam memikul amanah tersebut, ianya hanya akan mengundang kebinasaan pada suatu jemaah. Jika professional menunjangi parti tersebut, tetapi dengan adanya beliau, program-program bertambah, kewangan meningkat, ekonomi stabil dan tidak khianat, maka beliau berhak berada dikerusi presiden.

Jadi, melabelkan ulama atau professional dengan pelbagai persepsi buruk tidak akan menyelesaikan masalah. Sepatutnya kesatuan antara kita perlu diperkukuhkan. Kita perlu sedar bahawa musuh-musuh sedang memerhatikan kita, mencari ruang untuk merungkaikan ikatan antara kita. Ulama mahupun professional ibarat sebuah pengembaraan ditempat yg tidak diketahui. Professional sebagai pemandu dan ulama sebagai penunjuk jalan yang betul. Jika tiada pemandu, kereta tidak akan bergerak dan jika tiada ulama kereta akan menyusuri jalan yang salah.

Sekian pandangan hamba yang lemah.

Rabu, 6 November 2013

Hanya Air yg Ditapis Layak Diminum

Jika diberi kita dua pilihan sama ada air yg belum ditapis dengan air yang sudah ditapis,sudah tentu kita akan memilih air yang sudah ditapis menjadi pilihan kita kerana kotoran-kotoran dalam air tersebut sudah tiada lagi apatah lagi air itu ditapis dgn banyak kali, sudah tentu ia selamat diminum.

Begitu juga dengan perjuangan Islam. Allah datangkan pelbagai ujian kepada orang-orang yang beriman untuk menapis dikalangan mereka siapa yang teguh hatinya bersama perjuangan Islam. Apabila dicaci dia makin tabah. Apabila dihimpit dia makin teguh. Apabila dihina dia makin kuat. Itulah pejuang-pejuang yang kita impikan.

Adapun golongan munafiqun dan fasiqun, mereka tidak akan tertahan dengan ujian ini. Ujian yang datang padanya hanya akan membuatkan mereka semakin lemah. Sehingga mengambil keputusan untuk berpaling daripada perjuangan seolah-olah mereka lupa akan janji Allah bahawa kemenangan yang sebenar adalah bila mereka meninggikan kalimah 'La ilaha Illallah'.

Mereka memilih untuk membelakangi jemaah Islamiyyah, keluar daripada jemaah Islamiyyah yang mendapat rahmat Ilahi dek hanya kerana pandangannya tidak dipersetujui. Ketahuilah ketika kalian berasa hanya pendapat kalian saja haq,ketika iti syaitan sudah berjaya menguasai diri kalian. Membelakangi keputusan yang diputuskan melalui syura. Ketika iti syaitan berpesta meraikan tindakan kalian.

Itulah antara hikmah Allah mendatangkan ujian kepada hambanya. Itulah antara sebab kemenangan Islam ditangguhkanNya. Allah menapis mereka dengan ujian yang pelbagai. Sekiranya kamu tidak tertahan dengan ujian menuju kejayaan, bagaimana kamu ingin bertahan dalam ujian setelah mencapai kemenangn? Allah inginkan berikan kemenangan itu besertakan dengan pahala bukannya bala.

Khamis, 26 September 2013

Kita Berasal dari yang Lemah

Walaupun penat, tapi demi perasaan ingin tahu, demi Islam, aku kuatkan juga hati ini untuk habiskan isi-isi perbahasan yg berjudul ADAKAH HANYA PAS YANG PALING RELEVAN dilaman mukabuku(Facebook).

Dalam hati ini, teriya-iya aku mahu melihat hujah-hujah profesional. Tapi perasaanku hampar dan kecewa bila mendapati berlaku perbalahan hanya kerana ingin menunjuk kehebatan masing-masing dalam berhujah, menganggap pemikiran orang lain kolot.

Lalu hati ini berbicara untuk mengambil pengajaran:

Apa yang aku tahu dan aku pasti, ada orang yang mempunyai pemikiran yang tinggi daripada aku, dan ada yang mempunyai pemikiran yang lebih sempit daripada aku,
Aku berusaha untuk jadi seorang yg lebih tinggi dari apa yang aku ada sekarang
Tapi aku tidak suka mencerca orang yang lemah daripada aku kerana aku tahu,itulah aku yang dulu

Isnin, 9 September 2013

Indahnya Dakwah

Dalam keadaan keletihan, aku hadirkan diri ke study circle(usrah) pada hari jumaat. Naqibku, Abg Izzat memulakan usrah dan tajuk pada hari itu berkenaan dakwah. Melihat pada tajuj itu, aku berasa segar. Beliau bertanya seorang demi seorang berkaitan definisi dakwah sehingga ke giliran aku.

Pada mulanya, aku memahami dakwah pada skop yang kecil iaitu mengajak orang. Betul! Tapi itu hanyalah sebahagian daripada dakwah. Konsep dakwah itu sebenarnya luas.

"Hendaklah ada sebahagian daripada umat yang mengajak kepada kebajikan, menyuruh kepada kebaikan dan nencegah kepada kejahatan. Mereka itulah orang-orang yang berjaya" (Surah Ali Imran 3:104)

Berdasarksn ayat tersebut, kita fahami bahawa konsep dakwah itu ada tiga. Dan Allah swt juga menyusunnya dengan penuh indah. Allah meletakkan perkataan "mengajak kepada kebaikan" pada fasa pertama menunjukkan perkara itu mudah. Kemudian Allah sambung pula fasa kedua dimana lebih payah,"menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kejahatan". SubhanAllah

Adakah Aku Pejuang?

Semasa di alam persekolahan,aku sering menganggap diriku ini pejuang. Kerana aku menyokong penuh parti yang memperjuangkan agama Allah,Islam yang suci. Namun sekarang baru dapat hayati erti sebenar sebuah perjuangan. Aku harapkan diriku menjadi jundullah (tentera Allah)

Tidak cukup kita melabelkan diri kita sebagai seorang pejuang disebabkan kita ini penyokong kepada gerakan Islam. Tidak cukup kita menggelarkan diri kita ini pejuang hanya dengan memisahkan diri kita ini dengan masyarakat yang jahil. Pejuang yang sebenar adalah orang yang mempertaruhkan dirinya demi meninggikan kalimah 'La illa ha illallah' diatas muka bumi.

Adakah kamu sanggup melabelkan dirimu pejuang sedangkan kamu duduk di bilik mengangkat buku dikala orang lain mengangkat senjata? Adakah kamu tegar melabelkan dirimu pejuang hanya kerana kamu  berada masjid atau surau dikala orang lain berada di medan perjuangan?

Sudah menjadi sunnah pejuang diuji dengan pelbagai halangan. Sudah menjadi sunnah pejuang diuji dengan pengorbanan. Sudah menjadi sunnah pejuang diuji kematian. Kerana disinilah Allah menguji setiap hambaNya yang mana betul-betul beriman dan yang mana munafik.

Semoga kita semua menjadi jundullah yang mendapat keredhaanNya

Ahad, 8 September 2013

HAMBA YANG BERDOSA

Hidup ini satu proses atau musafir menuju ke alam seterusnya. Banyak perkara yg kita lalui sepanjang hidup. Kadang-kadang kita diatas,kadang-kadang kita dibawah. Kadang-kadang didepan,kadang-kadang dibelakang. Walaubagaimanapun,semua itu harus diteruskan. Tidak boleh dinafikan bahawa setiap orang itu mesti pernah membuat kesalahan. Namun,adakah semua itu menjadi penghalang untuk kita bangkit?

Berdasarkan pemerhatian saya, ramai diantara kita menjadikan kesilapan masa lalu sebagai pengukur untuk masa depan sedangkan masa lalu diingat adalah untuk menjadi pengajaran bukannya menjadi kayu ukur masa depan. Allah Maha Pengampun kepada setiap umatnya yang membuat dosa. Setiap kita adalah pendosa. Walau banyak mana pun dosa yang kita lakukan, tp percayalah pengampunan Allah itu adalah lebih besar.

"Orang yang mengatakan dia tidak pernah membuat dosa itu sebenarnya telah berdosa lada Allah"-Ustaz Azhar Idrus

Saya menulis ini adalah sebagai peringatan buat diri saya sendiri dan sahabat serta pembaca sekalian agar kita tidak mudah berputus asa daripada rahmat Allah. Sama-samalah kita kembali kepada Allah azza wa jalla dan memohon keampunan kepadaNya atas apa jua dosa yang telah kita lakukan. Sesungguhnya pintu taubat Allah sentiasa terbuka sehingga tiba hari Qiamat

Khamis, 17 Januari 2013

Hidup Mati Bersama Islam

Aku rebah bersama ISLAM
Aku bangun bersama ISLAM
Aku tenggelam bersama ISLAM
Aku timbul bersama ISLAM

Apapun yg terjadi,ISLAM tetap menjadi perjuanganku