BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 8 September 2013

HAMBA YANG BERDOSA

Hidup ini satu proses atau musafir menuju ke alam seterusnya. Banyak perkara yg kita lalui sepanjang hidup. Kadang-kadang kita diatas,kadang-kadang kita dibawah. Kadang-kadang didepan,kadang-kadang dibelakang. Walaubagaimanapun,semua itu harus diteruskan. Tidak boleh dinafikan bahawa setiap orang itu mesti pernah membuat kesalahan. Namun,adakah semua itu menjadi penghalang untuk kita bangkit?

Berdasarkan pemerhatian saya, ramai diantara kita menjadikan kesilapan masa lalu sebagai pengukur untuk masa depan sedangkan masa lalu diingat adalah untuk menjadi pengajaran bukannya menjadi kayu ukur masa depan. Allah Maha Pengampun kepada setiap umatnya yang membuat dosa. Setiap kita adalah pendosa. Walau banyak mana pun dosa yang kita lakukan, tp percayalah pengampunan Allah itu adalah lebih besar.

"Orang yang mengatakan dia tidak pernah membuat dosa itu sebenarnya telah berdosa lada Allah"-Ustaz Azhar Idrus

Saya menulis ini adalah sebagai peringatan buat diri saya sendiri dan sahabat serta pembaca sekalian agar kita tidak mudah berputus asa daripada rahmat Allah. Sama-samalah kita kembali kepada Allah azza wa jalla dan memohon keampunan kepadaNya atas apa jua dosa yang telah kita lakukan. Sesungguhnya pintu taubat Allah sentiasa terbuka sehingga tiba hari Qiamat

0 ulasan: