BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 8 November 2013

Ulama vs Professional

Setelah berdiskusi dengan sahabat-sahabat di kampus dan memerhati Facebook milik perseorangan yg cenderung pada ulama serta professional, hati ini rasa terpanggil untuk memberi pendapat berkaitan ulama dan professional. Perkara seperti ini tidak perlu menjadi isu utama tetapi masih perlu pencerahannya.

Ulama biasanya didefinisikan sebagai orang yang mempunyai ilmu agama, yang belajar agama, boleh mengajar agama serta mengeluarkan dalil-dalil al-Quran dan hadith. Manakala golongan professional pula adalah orang-orang yang mempunyai kemahiran dalam suatu bidang duniawi seperti peguam, ahli perniagaan, jurutera, penganalisis politik dan sebagainya. Golongan professional biasanya tidak menggunakan dalil al-Quran dalam berhujah.

Ulama dan professional sebenarnya adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Golongan professional memerlukan ulama untuk memahami hukum atau batas-batas dalam bersiyasah. Begitu juga dengan ulama memerlukan golongan professional dalam membuat keputusan yang diluar bidangnya. Allah s.w.t menjadikan dari kalangan kita ini dari pelbagai latar belakang untuk kita saling melengkapi dan yang terbaik dikalangan hambanya adalah orang yg bertaqwa.

Jawatan dalam parti tidak perlu direbut, tidak perlu dirayu. Jawatan tersebut sepatutnya diisi oleh orang yang betul-betul layak sama ada kalangan ulama atau professional. Jika meletakkan ulama ditempat presiden sekali pun, jika tidak ikhlas dalam memikul amanah tersebut, ianya hanya akan mengundang kebinasaan pada suatu jemaah. Jika professional menunjangi parti tersebut, tetapi dengan adanya beliau, program-program bertambah, kewangan meningkat, ekonomi stabil dan tidak khianat, maka beliau berhak berada dikerusi presiden.

Jadi, melabelkan ulama atau professional dengan pelbagai persepsi buruk tidak akan menyelesaikan masalah. Sepatutnya kesatuan antara kita perlu diperkukuhkan. Kita perlu sedar bahawa musuh-musuh sedang memerhatikan kita, mencari ruang untuk merungkaikan ikatan antara kita. Ulama mahupun professional ibarat sebuah pengembaraan ditempat yg tidak diketahui. Professional sebagai pemandu dan ulama sebagai penunjuk jalan yang betul. Jika tiada pemandu, kereta tidak akan bergerak dan jika tiada ulama kereta akan menyusuri jalan yang salah.

Sekian pandangan hamba yang lemah.

Rabu, 6 November 2013

Hanya Air yg Ditapis Layak Diminum

Jika diberi kita dua pilihan sama ada air yg belum ditapis dengan air yang sudah ditapis,sudah tentu kita akan memilih air yang sudah ditapis menjadi pilihan kita kerana kotoran-kotoran dalam air tersebut sudah tiada lagi apatah lagi air itu ditapis dgn banyak kali, sudah tentu ia selamat diminum.

Begitu juga dengan perjuangan Islam. Allah datangkan pelbagai ujian kepada orang-orang yang beriman untuk menapis dikalangan mereka siapa yang teguh hatinya bersama perjuangan Islam. Apabila dicaci dia makin tabah. Apabila dihimpit dia makin teguh. Apabila dihina dia makin kuat. Itulah pejuang-pejuang yang kita impikan.

Adapun golongan munafiqun dan fasiqun, mereka tidak akan tertahan dengan ujian ini. Ujian yang datang padanya hanya akan membuatkan mereka semakin lemah. Sehingga mengambil keputusan untuk berpaling daripada perjuangan seolah-olah mereka lupa akan janji Allah bahawa kemenangan yang sebenar adalah bila mereka meninggikan kalimah 'La ilaha Illallah'.

Mereka memilih untuk membelakangi jemaah Islamiyyah, keluar daripada jemaah Islamiyyah yang mendapat rahmat Ilahi dek hanya kerana pandangannya tidak dipersetujui. Ketahuilah ketika kalian berasa hanya pendapat kalian saja haq,ketika iti syaitan sudah berjaya menguasai diri kalian. Membelakangi keputusan yang diputuskan melalui syura. Ketika iti syaitan berpesta meraikan tindakan kalian.

Itulah antara hikmah Allah mendatangkan ujian kepada hambanya. Itulah antara sebab kemenangan Islam ditangguhkanNya. Allah menapis mereka dengan ujian yang pelbagai. Sekiranya kamu tidak tertahan dengan ujian menuju kejayaan, bagaimana kamu ingin bertahan dalam ujian setelah mencapai kemenangn? Allah inginkan berikan kemenangan itu besertakan dengan pahala bukannya bala.