BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 6 November 2013

Hanya Air yg Ditapis Layak Diminum

Jika diberi kita dua pilihan sama ada air yg belum ditapis dengan air yang sudah ditapis,sudah tentu kita akan memilih air yang sudah ditapis menjadi pilihan kita kerana kotoran-kotoran dalam air tersebut sudah tiada lagi apatah lagi air itu ditapis dgn banyak kali, sudah tentu ia selamat diminum.

Begitu juga dengan perjuangan Islam. Allah datangkan pelbagai ujian kepada orang-orang yang beriman untuk menapis dikalangan mereka siapa yang teguh hatinya bersama perjuangan Islam. Apabila dicaci dia makin tabah. Apabila dihimpit dia makin teguh. Apabila dihina dia makin kuat. Itulah pejuang-pejuang yang kita impikan.

Adapun golongan munafiqun dan fasiqun, mereka tidak akan tertahan dengan ujian ini. Ujian yang datang padanya hanya akan membuatkan mereka semakin lemah. Sehingga mengambil keputusan untuk berpaling daripada perjuangan seolah-olah mereka lupa akan janji Allah bahawa kemenangan yang sebenar adalah bila mereka meninggikan kalimah 'La ilaha Illallah'.

Mereka memilih untuk membelakangi jemaah Islamiyyah, keluar daripada jemaah Islamiyyah yang mendapat rahmat Ilahi dek hanya kerana pandangannya tidak dipersetujui. Ketahuilah ketika kalian berasa hanya pendapat kalian saja haq,ketika iti syaitan sudah berjaya menguasai diri kalian. Membelakangi keputusan yang diputuskan melalui syura. Ketika iti syaitan berpesta meraikan tindakan kalian.

Itulah antara hikmah Allah mendatangkan ujian kepada hambanya. Itulah antara sebab kemenangan Islam ditangguhkanNya. Allah menapis mereka dengan ujian yang pelbagai. Sekiranya kamu tidak tertahan dengan ujian menuju kejayaan, bagaimana kamu ingin bertahan dalam ujian setelah mencapai kemenangn? Allah inginkan berikan kemenangan itu besertakan dengan pahala bukannya bala.

0 ulasan: